Galeri

 Model DW-5600E.



Model ni antara model paling popular dan terawal G-Shock yang dikeluarkan oleh Casio. Reka bentuk yang ringkas, klasik, evergreen dan sesuai untuk semua golongan. Mempunyai fungsi yang cukup untuk kegunaan harian. Harga sekitar RM195-199 sahaja. Untuk model yang menggunakan kuasa solar pun ada. Harga sekitar RM285-300. Agak mahal tapi berbaloi kerana tidak perlu risau mengenai bateri.
Model DW-6900.



Model ini popular di kalangan budak-budak sekolah. Fungsinya lebih kurang sama dengan model DW-5600E cuma bezanya pada rupabentuk sahaja. Harga sekitar RM198-200.



Model DW-6600.



Bentuk hampir serupa dengan model DW-6900 cuma bahagian bentuknya yang berlainan. Model ini sangat simple dan mudah penggunaannya.. Harganya sekitar RM198-200.


Model DW-9052.



Harga sekitar RM200-240. Lebih kurang sama dengan model di atas cuma bezanya pada ciri-ciri dalaman jam ini.